UPSR 2012 bakal menjelang minggu depan. Sehingga kita, guru-guru Tahun 6 belum menunjukkan tanda-tanda 'kekalahan' dalam mendidik murid-murid masing-masing. Malah jika dibuat rondaan ke sekolah-sekolah, bermacam-macam aktiviti yang dijalankan oleh guru-guru. setiap detik masa dimanafaatkan oleh warga guru tahun 6. Tahniah dan Syabas. Dalam keghairahan kita, jangan lupa kepada murid-murid kita. mereka juga perlu rehat. terutama rehat minda. Sebenarnya dah banyak input yang kita berikan kepada murid-murid kita. sekaranglah masa untuk kita refresh semula minda mereka.... korek, gali dan keluarkan semula apa yang telah kita berikan dahulu.
Walau pun begitu, apa yang dibimbangi ialah sikap guru yang 'melatah' dengan konsep terutamanya subjek sains. Cikgu-cikgu seharusnya tidak lupa dengan konsep @ teknik menjawab bahagian B. Di peringkat ini, cikgu-cikgu tidak sewajarnya memberi input baru yang bersifat kontra dengan konsep sebenar menjawab bahagian B. murid akan keliru.
Akhir kata, selamat menjalankan tugas buat detik-detik terakhir. Selamat berjaya dan selamat maju jaya. Jumpa lagi tahun depan.
Slm cikgu..tlong buat chatroom kt intanjunior.net bleh x....plsss
ReplyDeletefrom bekas pelajar