UPSR makin menjelang tiba.... para guru makin gelisah... murid makin resah.... ibubapa... entahlah!
masing-masing sedang berfikir mana satu nak diutamakan... UPSR atau Aidilfitri? Kedua-duanya makin hampir. kedua-dua perlu disambut.. kedua-dua perlu dihadapi..
Ada sekolah / guru yang terpaksa mengajar walaupun sekolah dah mula bercuti hujung minggu ini... tapi cg Tahun 6 belum dapat bercuti lagi.... lambaian kampung makin kuat tapi arahan GB lebih kuat!... maka cikgu terpaksa akur, walaupun dalam diam hati memberontak... kerana mereka pasti tahu, bila balik ke rumah, suami @ isteri @ anak-anak @ ibubapa pasti bersuara....
Guru tersepit.... tersepit di antara banyak pihak. Akhirnya guru hanya mampu memdiamkan diri... Guru manakah yang bernasib baik, yang tidak terlibat dalam situasi ini.?