Sehari Sepotong Hadith

Saturday, 14 April 2012

RAHSIA SEORANG GURU PENCERAMAH

APAKAH rahsia seorang guru yang sering diundang menjadi penceramah di sekolah-sekolah. Untuk makluman semua, sebenar tiada rahsia BESAR yang dimiliki oleh GURU PENCERAMAH. Hanyalah berbekalkan sedikit pengetahuan, satu powerpoint untuk penerangan dan modul yang sangat simple. Apa yang istimewa ialah bagaimana GURU PENCERAMAH memanipulasikan powerpoint dan modulnya.

DI SINI saya akan berkongsi dengan cikgu-cikgu sekalian bahan-bahan tersebut.

@ powerpoint
@ modul 1
@ lampiran - penulisan IINFERENS

DENGAN MODUL INI, SEMOGA CIKGU2 MENJADI SEORANG GURU PENCERAMAH YANG HEBAT....
(Jika perlu bantuan saya untuk di offer menjadi penceramah.... bisa diatur!)

Tuesday, 27 March 2012

Buat Rakan-rakan  Guru / Pentaksir Sekolah serta KPkw dan Pkw:
Bahan untuk dikongsi bersama, sebahagianya telah saya muat naik di sini:

Halaman Tambahan di sebelah kanan:   Bahan PEKA
Selamat bertemu kembali. Semoga prestasi mata pelajaran sains pelajar-pelajar kita semakin meningkat. Berdasarkan Ujian OTI 1 yang lalu di sini di serta sedikit analisa berdasarkan soalan. Analisa ini  dibuat berdasarkan calon seramai 32 orang.



Saya masih lagi ingin mendapatkan maklumat yang lebih menyeluruh dari sekolah-sekolah di seluruh terengganu. Mohon kerjasama guru-guru untuk menyalin semula jawapan pelajar-pelajar cikgu dengan pemberatan yang sama ramai bagi kumpulan Tinggi,
Cikgu boleh guna borang di bawah

 BORANG ANALISA



Sederhana dan Rendah.. Terima kasih.

Sunday, 11 March 2012

Analisa kelemahan OTI1

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru berdasarkan analisa jawapan murid dalam OTI1:
1. Konsep Inferens dan Pemerhatian:
    - keliru / bertukar antara Inferens dan Pemerhatian
    - Tiada perbandingan
    - Jawapan umum / bukan format pemerhatian / inferens

2. Pembacaan POLA / CORAK.
    - Cuai
    -

3. Mencari Pemboleh Ubah
     - bertukar antara WTC / WTO
     - parameter yang keliru / tidak jelas spt:dua botol yang serupa

4. Hubungan / kesimpulan yang tidak mengikut format:
    - wtc berbeza menyebabkan wto berbeza
    - semakin bertambah jenis permukaan........
    - jika permukaan licin......
    -

5. Tidak mengambil maklumat yang diberi dalam soalan

6. tidak garis kata kunci

Jika murid cg2 melakukan kesilapan di atas, baiki dengan segera kerana ini adalah kesalahan asas yang tak sepatutnya berlaku....
Menyebabkan kehilangan markah yang banyak...

Monday, 21 November 2011

Cuti persekolahan kembali menjengah. Hujan pula turun dengan lebatnya. Aku menjadi bosan... ku pusing kiri, pusing kanan, terpandang pokok Jarum Tujuh Bilah yang aku tanam dulu. Dah besar rupanya. Siap berbunga dan buahnya sekali.
Aku tertanya-tanya, apa khasiatnya? Lalu aku cuba meneroka mencari khasiatnya.... Aku ingin kongsikan hasil pencarianku......:

Jika ada keperluan, mari kita sama-sama teroka... Terima kasih kepada Moderator Blog ini.

Iklan