Sehari Sepotong Hadith

Monday, 21 November 2011

Cuti persekolahan kembali menjengah. Hujan pula turun dengan lebatnya. Aku menjadi bosan... ku pusing kiri, pusing kanan, terpandang pokok Jarum Tujuh Bilah yang aku tanam dulu. Dah besar rupanya. Siap berbunga dan buahnya sekali.
Aku tertanya-tanya, apa khasiatnya? Lalu aku cuba meneroka mencari khasiatnya.... Aku ingin kongsikan hasil pencarianku......:

Jika ada keperluan, mari kita sama-sama teroka... Terima kasih kepada Moderator Blog ini.

Wednesday, 9 November 2011

Korban AidilAdha 2011

Proses nak agih daging kepada sahabat dan taulan
Walau pun dalam kedaifan, ibadat korban masih boleh teruskan... cuma tahun ini, giliran isteri pulak. Ada rezeki, tahun depan kita teruskan lagi.. semoga cukup tujuh bahagian. Lepas itu giliran anak-anak pula.


Tuesday, 20 September 2011

Pembiakan Kuda Laut

Buat kekawan yang keliru mengenai cara pembiakan kuda laut, di sini saya cuba kongsikan dengan kawan2 semua....

Sebenarnya kuda laut betina telah menempatkan lebih 100 telur ke dalam kantung yang terdapat dalam abdomen kuda laut jantan.Kuda laut jantan kemudian mengeluarkan sperma ke dalam kantung itu untuk persenyawaan telur berkenaan. Embrio akan membesar di dalam kantung itu dan mendapat makanan daripada pundi-pundi di dalam kuning telur masing-masing.Proses pengeraman akan berlangsung selama dua sehingga enam minggu bergantung kepada spesies kuda laut tersebut.

Selepas cukup sifat, kuda laut jantan itu akan melahirkan anaknya yang kecil berukuran satu sentimeter panjang.Terdapat 35 spesies kuda laut di seluruh dunia dan ukurannya pelbagai iaitu antara lima hingga 36 sentimeter. Kuda laut terkenal sebagai penyamar yang cekap di dalam air kerana ia mampu bersembunyi di celah-celah rumpair dan batu karang. Ia makan dengan menyedut plankton yang kecil dan larva ikan.



Sumber: Majalah Estidotmy

Saturday, 10 September 2011


Hidup berani untuk gagal. Ini ialah salah satu bentuk attitude di mana kita menghadapinya di dalam kehidupan seharian kita. Ironinya orang berjaya di dunia ini terlebih dahulu merasai kegagalan. Contohnya macam cerita Thomas Alva Edison dalam usahanya mencipta lampu dengan 999 kali percubaan. Dalam hidup ini tidak semestinya kita berjaya saja, ada masa kita gagal dan sepatutnya dengan kegagalan itu diambil iktibar dan pengajaran darinya.

Gagal dalam perniagaan, gagal dalam pelajaran, gagal dalam pekerjaan, gagal dalam pertandingan dan sebagainya adalah satu ' ujian' buat hidup di dunia sementara cuma. Kenalah kita berani dan kuat hati untuk meneruskan hidup dengan mempunyai impian, azam dan matlamat yang jelas. Sekiranya kita tidak berani maka ia sudah memberi ' petanda ' hati kita memerlukan ' motivasi ' dan ' inspirasi ' dalam menjadikannya lebih cekal berdepan kegetiran hidup........ lagi?



Dapatkan di sini
http://www.box.net/shared/zyzptjcf1z5k3iqo40in

Monday, 22 August 2011

Ramalan 2011

UPSR makin menjelang tiba.... para guru makin gelisah... murid makin resah.... ibubapa... entahlah!
masing-masing sedang berfikir mana satu nak diutamakan... UPSR atau Aidilfitri? Kedua-duanya makin hampir. kedua-dua perlu disambut.. kedua-dua perlu dihadapi..

Ada sekolah / guru yang terpaksa mengajar walaupun sekolah dah mula bercuti hujung minggu ini... tapi cg Tahun 6 belum dapat bercuti lagi.... lambaian kampung makin kuat tapi arahan GB lebih kuat!... maka cikgu terpaksa akur, walaupun dalam diam hati memberontak...  kerana mereka pasti tahu, bila balik ke rumah, suami @ isteri @ anak-anak @ ibubapa pasti bersuara....

Guru tersepit....  tersepit di antara banyak pihak. Akhirnya guru hanya mampu memdiamkan diri...  Guru manakah yang bernasib baik, yang tidak terlibat dalam situasi ini.?

Monday, 15 August 2011

Latihan Online

Perhatian,

Dalam ruang waktu yang terbatas, saya masih sempat meneroka bidang ilmu sains dalam cakerawala internet. Hasilnya agak menakjubkan. Saya telah menemui satu laman web yang menyediakan soalan-soalan latihan yang agak menarik. Cuma bagi sesiapa yang berminat untuk menyertainya perlu mendaftar....  So, apa tunggu lagi... mendaftar sekarang! MENDAFTAR dan GUNA.




Thursday, 11 August 2011

SEjarah motosikal

Korang tahu dak, mengikut ahli nujum, kewujudan motosikal superbike contohnya harly davidson ke, virago ke, yamaha ke atau apa-apa je telah bermula sejak sekian lama. Idea dan ciptaan ini dikata bermula semenjak zaman flingston lagi.... mengikut yang ampunya cerita, inilah ciptaan pertama superbike!

Tuesday, 2 August 2011

Semak Keputusan Induksi 2/2011

Alhamdullillah... saya dah lulus. Terima kasih kepada semua JU, Fasilitator (en Mahari- JPN Trg) dan Urusetia yang telah banyak membantu. Tidak lupa juga kepada RooMate.... dan
kawan sekumpulan::: Kak Long, Kak Ngah, Kak Teh, Kak Cik..... dan adik bongsu ( terima kasih kerana banyak 'membantu dgn jawapan')

Dapatkan keputusan di sini: KEPUTUSAN INDUKSI

Monday, 18 July 2011

Soalan OTI3--Pra Percubaan 2011

Dapatkan di pautan dibawah:

http://www.box.net/shared/9l5umhvb1ei8u4l64qoz
http://www.box.net/shared/8320gbsveft0duf7rm74

Friday, 1 July 2011

http://www.iqiub.com/index.php

iQiub is the next generation Virtual Learning Environment that is powerful, effective, and engaging.

Satu Portal Pendidikan UPSR yang baru diperkenalkan. Memberi perkhidmatan asas secara percuma. Sangat sesuai untuk kegunaan murid-murid yang akan menduduki UPSR. Bagi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan tamabahn, yuran RM10 sebulan dikenakan. Perkhidmatan termasuklah keputusan ujian, analisa pencapaian, kekuatan dan kelemahan.

Sebarang komen, sila kemukakan di sini..

Monday, 30 May 2011

aNIMASI gERHANA mATAHAri

Jelajah Animasi Gerhana Matahari:

Gerhana Matahari

Tutorial UPSR 2011

mAKLumAN buAT raKAN-rakAN guRU sEkALiAN:

Saya sedang mencuba untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan kemahiran saya membimbing murid-murid dalam bahagian B. Rakan-rakan boleh akses Tutorial ini melalui Halaman

Tutorial UPSR 2011

Friday, 27 May 2011

Induksi 2011

Tension berkursus terubat bila berhadapan dengan 'kenakalan anak-anak'. Abah bersama dengan 'anak-anak' yang nakal......... jangan lupa hantar berita pada abah yang jauh... :)

Wednesday, 25 May 2011

Skima Sains OTI2

Skima Sains OTI2 untuk tahun 6 dan 5 telah diuploadkan..
Sila dapatkan di halaman Skima Sains

TERDAPAT SEDIKIT PERUBAHAN PADA SKIMA.... SILA RUJUK SEMULA

Tuesday, 17 May 2011

Teka Teki Gileer

Kereta dengan motor, mana lebih tua?
OTAK ANDA SUDAH TEPU ( ATAU HAMPIR NAK JEM?) SILA KLIK PADA OTAK DI ATAS. KITA RELEASE TENSION.....

ATAU MARI KITA UPGRADE OTAK KITA....

Hari Guru 2011

Hanya ini yang mampu diterima oleh guru sempena hari guru 2011
Pengumumun TPM hanya untuk Penolong kanan Je..bukan untuk semua guru

Sunday, 15 May 2011

ex- SKTAI @ SRTAI


Kepada semua bekas-bekas murid SRTAI @ SKTAI,
     Sila maklumkan kepada cg, di mana anda berada sekarang. Jika sudah bekerja, nyatakan pekerjaan anda sekarang. pihak sekolah sedang mengumpul maklumat bekas pelajar bermula tahun 1981 hingga 2010.
Sila tinggalkan nama, tahun belajar di SKTAI dan apa status anda sekarang

Kesudian anda amat dihargai. Terima kasih

Wednesday, 11 May 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia. Tidak lupa juga kepada keluarga guru yang banyak berkorban demi kecemerlangan profesion guru. Kata bijak pandai, di sebalik kejayaan suami, di belakangnya ialah isteri yang sangat memahami. Di sebalik kejayaan seorang guru, di belakangnya ialah keluarganya yang sangat memahami. Terima kasih diucapkan kepada keluarga guru.

Sunday, 17 April 2011

Peruncingan OTI2 2011-Sains

Peruncingan OTI2 Sains Tahun 6  Mei 2011

LIVING THING 
1.         Being aware that certain behaviour can disturb life processes
2.         Understanding that plants have specific characteristics to protect themselves from enemies
3.         Understanding that different animals have their own ways to ensure the survival of their species.
4.         Synthesizing food chains to construct food web
5.         Understanding the responsibility of human beings in protecting endangered species


FORCE ENERGY
6.         Understanding how to measure the volume of solid
7.         Understanding how to measure mass
8.         Knowing the  sources of electricity
9.         Understanding that light can be reflected
10.       Understanding the effects of heat on matter
11.       Analyzing friction
12.       Understanding speed
  

MATERIAL 
13.       Synthesising the knowledge about uses of Materials based on their properties
14.       Understanding that some materials can rust
15.       Understanding that matter can change from one state to another
16.       Understanding food spoilage
17.       Realising the importance of preserving food
18.       Understanding the effects of improper disposal of waste on the enviroment
  

EARTH & UNIVERSE
19.       Understanding the Solar system
20.       Understanding the movements of the Earth, the Moon and Sun
21.       Understanding the occurrence of day and night
22.       Understanding the eclipse of the moon 
23.       Understanding the eclipse of the sun 


TECHNOLOGY 
24.       Understanding the development of technology
25.       Analysing that technology can benefit mankind if used wisely
26.       Knowing the shape of objects in structures
27.       Understanding the strength and stability of a structure
28.       Understanding simple machine
29.       Analyzing a complex machine
30.       Appreciating the invention of machines that make life easy

Tenaga

Pelbagai bentuk tenaga 

1. Tenaga Kinetik → Objek yang bergerak mempunyai tenaga kinetic.

2. Tenaga Haba → Menyebabkan objek menjadi panas
→ Sumber tenaga haba : Matahari, lilin yang terbakar, kayu yang sedang terbakar, lampu yang menyala.

3. Tenaga Elektrik → Pengaliran cas-cas elektrik
→ Cas-cas elektrik yang bergerak melalui wayar ialah elektrik.

4. Tenaga Bunyi → Dihasilkan oleh getaran
→ Bunyi dipindah melalui udara, cecair dan pepejal.
(Bunyi tidak dapat didengar tanpa bahan ini)

5. Tenaga keupayaan → Tenaga keupayaan adalah tenaga yang tersimpan (wujud) bila mana sesuatu objek berada pada kedudukan tinggi atau keadaan regang. Apabila objek berada pada kedudukan tinggi, maka ia akan dipengaruhi oleh tarikan graviti yg mungkin menyebabkannya jatuh. Manakala objek yang regang adalah tenaga keupayaan elastik yg berlaku pd spring yang dikenakan daya tarikan... 
→ Tenaga keupayaan boleh ditukar kepada bentuk lain.

6. Tenaga Kimia → Tenaga yang tersimpan dalam bahan.
→ Contoh : biojisim, petroleum, gas asli, propana dan makanan.

7. Tenaga Cahaya / suria→ Sumber utama matahari dan juga objek yang 
mengeluarkan cahaya.

Saturday, 16 April 2011

Iklan