Sehari Sepotong Hadith

Tuesday, 1 May 2012

Taklimat Penataran PEKA 2012

Program Penataran PEKA 2012 ke semua daerah di Terengganu telah hampir ke penghujung, sehingga kini hanya tinggal KT Selatan sahaja yang masih belum selesai. Sepanjang program berlangsung, semua daerah menunjukkan respon yang sangat baik. Masing-masing memberi kerjasama yang cukup hebat, terutama guru-guru di Kemaman. Walaupun majlis terpaksa berakhir lewat, tapi masing-masing tidak menunjukkan rasa bosan. Perjalanan jauh untuk pulang rasa terubat dengan sambutan yang diberikan oleh guru-guru daerah Kemaman. Terima kasih cikgu..... harap kita boleh berjumpa lagi.

Sepanjang program ini berlangsung, banyak pengalaman baru dan perkara manis yang saya lalui selain dapat berjumpa dengan rakan-rakan guru sejawatan. Pertemuan dengan sahabat lama di Setiu (cg Denny ) setelah lebih 10 tahun tidak berjumpa. Sesat di perjalanan ( kerana nak ikut short cut--- akhirnya jadi long cut). Travel waktu malam sorang2 di lebuh raya dan sebagainya. Ini memberi satu pengalaman baru. program ini juga memberi satu keyakinan baru kepada saya untuk berhadapan dengan guru-guru.

Saya masih dan sangat berharap agar guru-guru dapat meluangkan sedikit masa untuk menjawab soal selidik ringkas. Tujuannya ialah supaya saya dapat membuat sedikit panduan tentang keberkesanan program penataran ini. Apakah kekuatannya, kelemahannya supaya kita dapat membuat penambahbaikan. Tolong cikgu ye... Bagi guru yang telah menjawab soal selidik tu, terima kasih diucapkan.

Saya ingin mengambil peluang ini memohon maaf kepada guru-guru yang terlibat sekiranya sepanjang program berlangsung, saya telah mengguris hati dan perasaan cikgu, terpaksa melewatkan waktu tamat sehingga 4.30ptg sedangkan cikgu2 terpaksa pulang jauh. Saya mengharapkan cikgu2 semua telah memahami semua perkara yang dinyatakan. Sekiranya cikgu2 masih keliru, timbul persoalan, cikgu2 boleh kemukakan persoalan / kemusykilan cikgu  kepada saya. InsyaAllah saya akan cuba memberi respon.

Iklan