Sehari Sepotong Hadith

Tutorial UPSR 2012

TUTORIAL UPSR"

INFERENS DAN PEMERHATIAN (LAIN)
- ini merupakan kriteria yang agak 'sukar' dijawab oleh murid juga sukar diajar oleh guru. Rata-rata guru merungut kerana murid agak sukar untuk memahami / menjawab soalan berbentuk sebegini. Adakah benar kriteria ini sangat sukar?
- Di sini saya cuba untuk berkongsi sedikit kemahiran bagaimana untuk mencari / menjawab soalan ini.
- Contoh Soalan:


Murid tahun 4 telah menanam sejenis tumbuhan dalam dua buah pasu yang berlainan sebagaimana berikut.



Selepas seminggu mereka dapati tumbuhan P tumbuh dan membesar, manakala tumbuhan  Q telah mati.

a          Berdasarkan pemerhatian di atas, nyatakan satu sebab (inferens) yang sesuai.

.........................................................................................................................

.........................................................................................................................

b          Nyatakan satu pemerhatian lain yang boleh menyokong inferens (sebab) anda di (a).

.........................................................................................................................


Apakah yang perlu dilakukan dahulu? Adakah terus menjawab soalan Inferens?

Sebenarnya, sebelum kita menjawab soalan INFERENS tu, kita kena cari / pastikan dahulu pemerhatian asal yang diberikan. Sebab dari segi logiknya, tentulah ada kejadiannya dahulu, barulah boleh fikirkan sebabnya. Kalau kita tidak tahu kejadian / keputusanya, bagaimana kita boleh mencari sebab>\? tentu pelikkan!

PEMERHATIAN ( ASAL) ialah keputusannya... jadi kita kena LIHAT  pada WTOnya sama ada dalam gambar, jadual, graf atau dalam soalan. iTULAH APA yang berlaku. ( Tidak ditanya dalam soalan, tetapi kita perlu tahu / cari kerana kita perlu mencari sebab!)

Daripada ini kita FIKIRkan sebab kenapa jadi begitu! Fikir secara Logik / ada kaitan dengan pemerhatian tadi.

Dalam soalan contoh di atas,
*Pemerhatian Asal> (yg kita boleh LIHAT): Pokok P Hidup, Pokok Q Mati (KENAPA?)-(LIHAT)
*Inferens> Sebab Pokok mendapat cukup air, berbanding pokok Q (FIKIR)
    ---- Tips: untuk FIKIR / cari Inferens, gunakan keperluan asas sebagai jawapan:

* Pemerhatian (lain) > Pokok P daun besar berbanding pokok Q

< Semoga membantu>





MEMBINA / MENCARI PEMBOLEHUBAH:
1. Sebagai permulaan, di sini saya kongsikan bahan untuk membina pembolehubah. Membina pembolehubah yang betul dan tepat sangat penting. Modul1 ini adalah latihan asas membina pembolehubah.

2. Sebagai tambahan, cikgu perlu membimbing murid-murid untuk mengenalpasti bentuk / jenis parameter. Selain daripada itu murid perlu tahu, APAKAH ITU PARAMETER? Cikgu tahu?
PARAMETER IALAH SUATU PERKATAAN YANG BOLEH MENERANGKAN SIFAT atau UNIT UKURAN bagi sesuatu objek / benda. Kalau dalam BM, macam penjodoh bilangan lah!
Contoh:
JENIS, SAIZ, BENTUK.....
===============================================


2. Hari ini mari kita sama-sama ikuti bagaimana untuk mencari pembolehubah (Variable). Pembolehubah ada tiga iaitu:
            - To Change / yang diubah
            - To Observe / yang diperhatikan
            - To Kept the same / malar (sama, tidak berubah, tetap dll)


Jika maklumat diberi dalam jadual, graf, maka murid kita sangat senang cari... ye la kita dah ajar cukup-cukup. Contoh:


    Kuantiti Baja---- (To Change)
    Saiz Pokok  -----( To Observe)


                             Ketinggian Bola dilepaskan      |       Bilangan Lantunan
                                       (To Change )                           (To Observe )


Tapi Bagaimana jika tiada jadual / Graf?

Ikuti Langkah berikut:


1.   Cari @ senarai semua objek / benda ( termasuk masa ) yang terdapat dalam pernyataan / gambar
       - bikar
       - air
       - air batu
       - selinder penyukat




2. Cari dan padankan objek / benda ini dengan Parameter yang sesuai:


       - bikar ----- saiz
       - air-------- isipadu / jumlah / kuantiti
             -------- jenis
       - air batu------ jenis
                      ----- Saiz
       - selinder penyukat ---- jenis / saiz

3. Dalam maklumat yg telah dicari di atas.... PILIH 2 Yang TAK SAMA / ( klu ada diberi dalam pokok soalan)
    ---- itulah  To Change --- yang diubah 
                     To Observe ---- berubah // hanya dilihat perubahan itu berlaku.



       Satu penyiasatan telah dijalankan ke atas tiga bahan iaitu kain kapas, kain bulu dan kain nilon.
30 ml air telah dicurahkan ke atas bahan tersebut. Hasil penyiasatan seperti Rajah di bawah.


           
A: Cari Objek
1. Kain---- jenis kain / saiz kain

2. corong turas ---- saiz corong turas

3. Selinder Penyukat ---- saiz selinder penyukat

4. Air----- jumlah / kuantiti air // 

B: Pilih Parameter Yang sesuai :::::::


Maka itulah WTC dan WTO:



1 comment:

Anonymous said...

Cikgu, saya tahun 6. Tadi, saya buat soalan tentang parameter.Tapi masih blank kepala ni. Soalannya.. Ada gambar pembentukan bayang-bayang mengikut waktu. Soalan pertama, nyatakan dua parameter yang berubah dengan masa dalam fenomena di atas. Saya kena jawab dengan jawapan unit pengukuran ke?
Soalan kedua, perihalkan perubahan salah satu parameter yang kamu nyatakan di (a). Saya kena pilih satu je antara 2 jawapan yang saya jawab di (a) tu. Soalan pertama perlu dijawab terlebih dahulu sebab soalan kedua berdasarkan soalan pertama.

Iklan