Sehari Sepotong Hadith

Wednesday, 9 November 2011

Korban AidilAdha 2011

Proses nak agih daging kepada sahabat dan taulan
Walau pun dalam kedaifan, ibadat korban masih boleh teruskan... cuma tahun ini, giliran isteri pulak. Ada rezeki, tahun depan kita teruskan lagi.. semoga cukup tujuh bahagian. Lepas itu giliran anak-anak pula.


Tuesday, 20 September 2011

Pembiakan Kuda Laut

Buat kekawan yang keliru mengenai cara pembiakan kuda laut, di sini saya cuba kongsikan dengan kawan2 semua....

Sebenarnya kuda laut betina telah menempatkan lebih 100 telur ke dalam kantung yang terdapat dalam abdomen kuda laut jantan.Kuda laut jantan kemudian mengeluarkan sperma ke dalam kantung itu untuk persenyawaan telur berkenaan. Embrio akan membesar di dalam kantung itu dan mendapat makanan daripada pundi-pundi di dalam kuning telur masing-masing.Proses pengeraman akan berlangsung selama dua sehingga enam minggu bergantung kepada spesies kuda laut tersebut.

Selepas cukup sifat, kuda laut jantan itu akan melahirkan anaknya yang kecil berukuran satu sentimeter panjang.Terdapat 35 spesies kuda laut di seluruh dunia dan ukurannya pelbagai iaitu antara lima hingga 36 sentimeter. Kuda laut terkenal sebagai penyamar yang cekap di dalam air kerana ia mampu bersembunyi di celah-celah rumpair dan batu karang. Ia makan dengan menyedut plankton yang kecil dan larva ikan.



Sumber: Majalah Estidotmy

Saturday, 10 September 2011


Hidup berani untuk gagal. Ini ialah salah satu bentuk attitude di mana kita menghadapinya di dalam kehidupan seharian kita. Ironinya orang berjaya di dunia ini terlebih dahulu merasai kegagalan. Contohnya macam cerita Thomas Alva Edison dalam usahanya mencipta lampu dengan 999 kali percubaan. Dalam hidup ini tidak semestinya kita berjaya saja, ada masa kita gagal dan sepatutnya dengan kegagalan itu diambil iktibar dan pengajaran darinya.

Gagal dalam perniagaan, gagal dalam pelajaran, gagal dalam pekerjaan, gagal dalam pertandingan dan sebagainya adalah satu ' ujian' buat hidup di dunia sementara cuma. Kenalah kita berani dan kuat hati untuk meneruskan hidup dengan mempunyai impian, azam dan matlamat yang jelas. Sekiranya kita tidak berani maka ia sudah memberi ' petanda ' hati kita memerlukan ' motivasi ' dan ' inspirasi ' dalam menjadikannya lebih cekal berdepan kegetiran hidup........ lagi?



Dapatkan di sini
http://www.box.net/shared/zyzptjcf1z5k3iqo40in

Monday, 22 August 2011

Ramalan 2011

UPSR makin menjelang tiba.... para guru makin gelisah... murid makin resah.... ibubapa... entahlah!
masing-masing sedang berfikir mana satu nak diutamakan... UPSR atau Aidilfitri? Kedua-duanya makin hampir. kedua-dua perlu disambut.. kedua-dua perlu dihadapi..

Ada sekolah / guru yang terpaksa mengajar walaupun sekolah dah mula bercuti hujung minggu ini... tapi cg Tahun 6 belum dapat bercuti lagi.... lambaian kampung makin kuat tapi arahan GB lebih kuat!... maka cikgu terpaksa akur, walaupun dalam diam hati memberontak...  kerana mereka pasti tahu, bila balik ke rumah, suami @ isteri @ anak-anak @ ibubapa pasti bersuara....

Guru tersepit....  tersepit di antara banyak pihak. Akhirnya guru hanya mampu memdiamkan diri...  Guru manakah yang bernasib baik, yang tidak terlibat dalam situasi ini.?

Monday, 15 August 2011

Latihan Online

Perhatian,

Dalam ruang waktu yang terbatas, saya masih sempat meneroka bidang ilmu sains dalam cakerawala internet. Hasilnya agak menakjubkan. Saya telah menemui satu laman web yang menyediakan soalan-soalan latihan yang agak menarik. Cuma bagi sesiapa yang berminat untuk menyertainya perlu mendaftar....  So, apa tunggu lagi... mendaftar sekarang! MENDAFTAR dan GUNA.




Thursday, 11 August 2011

SEjarah motosikal

Korang tahu dak, mengikut ahli nujum, kewujudan motosikal superbike contohnya harly davidson ke, virago ke, yamaha ke atau apa-apa je telah bermula sejak sekian lama. Idea dan ciptaan ini dikata bermula semenjak zaman flingston lagi.... mengikut yang ampunya cerita, inilah ciptaan pertama superbike!

Tuesday, 2 August 2011

Semak Keputusan Induksi 2/2011

Alhamdullillah... saya dah lulus. Terima kasih kepada semua JU, Fasilitator (en Mahari- JPN Trg) dan Urusetia yang telah banyak membantu. Tidak lupa juga kepada RooMate.... dan
kawan sekumpulan::: Kak Long, Kak Ngah, Kak Teh, Kak Cik..... dan adik bongsu ( terima kasih kerana banyak 'membantu dgn jawapan')

Dapatkan keputusan di sini: KEPUTUSAN INDUKSI

Iklan