Di sini saya ingin berkongsi satu blog yang baru saya temui (diperkenalkan oleh seorang rakan). Blogger ini menyediakan koleksi-koleksi soalan-soalan Percubaan 2012 dari seluruh negeri ( sebahagiannya dalam proses). Sesiapa yang berminat sila kunjungi dan download sendiri. Sebarang kesulitan, atas pertimbangan sendiri.
Cikgu Shamsuddin@blogspot.com - LINK
Sehari Sepotong Hadith
Saturday, 28 July 2012
Sunday, 1 July 2012
Bahan Guru / Penceramah
Sejak akhir-akhir ini, saya menjadi semakin tidak kuat untuk menolak jemputan 'ceramah' di sekolah-sekolah. Sebenarnya, saya bukan tidak sudi, tetapi bila melihat kepada betapa sempitnya masa yang diperuntukkan, tidak banyak yang mampu saya sampaikan kepada murid. Ini menyebabkan saya berasa sangat bersalah, sama ada kepada murid, sekolah dan diri saya sendiri. Oleh kerana itulah saya sangat gemberi jika guru-guru sendiri yang menjadi penceramahnya... Jadi, bagi guru-guru yang ingin menjalankan bengkel menjawab soalan sains, di sini saya masukkan semula bahan tersebut di menu MUAT TURUN. Selamat menjadi penceramah / fasilitator...
Tuesday, 22 May 2012
Selamat Bersara
Bersama dengan Tuan Hj Razak, Guru Besar (Guru Akram) yang akan bersara pada 27 Mei 2012. Kenangan bersama semasa Bengkel Pembinaan ITEM ( Pra Percubaan 2012) dan Pembinaan Modul Bantu Lulus. Terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang diberikan oleh Tuan kepada AKRAM Sains Terengganu. Sesungguhnya kenangan manis bersama Tuan akan kami simpan dalam memori kenangan kami.
Selamat Bersara dari kami warga Guru AKRAM Sains Terengganu
Selamat Bersara dari kami warga Guru AKRAM Sains Terengganu
Subscribe to:
Posts (Atom)

